Alhamdulillah, selesai sudah program terakhir sebelum Ramadhan di surau Jauharul Muttaqin. Surau yang hampir setahun didirikan di kawasan Persint Bakti, Mutiara Rini. Tempat aku menghabiskan masa beribadah sambil menyumbangkan segala tenaga dan idea.
Program yang dipimpin oleh Tuan Habib Haji Syed Hussin Alwi telah dimulai dengan bacaan Yassin, diikuti dengan Zikir Asma Al Husna dan diteruskan dengan Solat Hajat. Seramai lebih kurang 200 kariah yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan telah memenuhi segenap ruang yang ada di SJM sehinggakan ada segelintir kariah wanita tidak dapat bersolat. (AJK perlu ambil perhatian in this part)
Sambutan untuk program ini memang tidak dijangkakan sehingga makanan jamuan (nasi minyak) laris dan mujurlah ada bubur lambuk seperiuk (ala Kampung Baru) yang dikerjakan oleh AJK pada sebelah petang. Sebenarnya, tujuan buat bubur lambuk pada hari tue, sebab nak test drive untuk sambutan di bulan Ramadhan nanti. Bila dah dapat agak berapa banyak bahan-bahan diperlukan, kerja membuatnya nanti akan bertambah lancar dan mudah. Campak ajer!!!
Diharap semua kariah Mutiara Rini dan yang lebih utama, anak-anak/adik-adik yang akan menduduki peperiksaan, dapat sedikit barakah dan manfaat dari program ini. Kepada ibu bapa khususnya, sama-samalah kita berdoa supaya dengan didikan kita selama ini, akan tercapailah impian untuk melihat mereka berjaya sebagai insan yang soleh/solehah. Wallahu’alam...
Sekarang semua program SJM di bulan Julai telah selesai, dan kini tugas aku pula menghabiskan projek Buletin Jauharul Muttaqin Isu 02 untuk bulan Ramadhan.
Up you go!!!
Wednesday, August 4, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Lost My Sony Walkman...
Last week, my Sony Walkman hilang. Tak tahu macam mana dia boleh jatuh dari poket baju kemeja. Selalu masa pergi kerja pakai. Tapi entah kenapa hari tu tak pulak disumbat telinga dengan benda tue. Ana syak jatuh kat parking motor, tapi bila turun tengok, tak der lah pulak. But, time tue memang ramai pekerja baru sampai. Rezekilah siapa yang jumpa.
‘Ada hikmah disebalik kejadian’, itu yang mula-mula ana fikirkan bila kejadian mengejut berlaku. Tapi until saat ini, masih tercari-cari hikmah disebalik kehilangan Walkman tue. Tak ketemu, atau ana yang masih tak nampak???
Tapi ana tetap yakin, Allah swt telah mengatur kehidupan kita dengan sempurna. Cuma kita perlu melakonkan ajer dengan mengikut skrip-skrip yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah saw. Mudahkan. Semua manusia adalah pelakon-pelakon di pentas dunia. Allah swt yang akan menilai pelakon-pelakon yang dapat menjiwai watak sebagai hamba-hamba-Nya.
Firman Allah swt : “Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. Dan Tuhanmu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.” Surah Yusuf : 123
Apa kata kalian tentang ayat ‘hikmah disebalik kejadian’?
New Blog!
Dimulakan dengan Bismillah...ini blog yang ketiga dilahirkan sejak sekian lama berhenti dari menjadi seorang "blogger". Mengharapkan dapat menulis dengan sekerap yang boleh mengenai perjalanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Insya-Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)




