Wednesday, August 4, 2010

Solat Hajat Perdana SJM 2010

Alhamdulillah, selesai sudah program terakhir sebelum Ramadhan di surau Jauharul Muttaqin. Surau yang hampir setahun didirikan di kawasan Persint Bakti, Mutiara Rini. Tempat aku menghabiskan masa beribadah sambil menyumbangkan segala tenaga dan idea.


Program yang dipimpin oleh Tuan Habib Haji Syed Hussin Alwi telah dimulai dengan bacaan Yassin, diikuti dengan Zikir Asma Al Husna dan diteruskan dengan Solat Hajat. Seramai lebih kurang 200 kariah yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan telah memenuhi segenap ruang yang ada di SJM sehinggakan ada segelintir kariah wanita tidak dapat bersolat. (AJK perlu ambil perhatian in this part)

Sambutan untuk program ini memang tidak dijangkakan sehingga makanan jamuan (nasi minyak) laris dan mujurlah ada bubur lambuk seperiuk (ala Kampung Baru) yang dikerjakan oleh AJK pada sebelah petang. Sebenarnya, tujuan buat bubur lambuk pada hari tue, sebab nak test drive untuk sambutan di bulan Ramadhan nanti. Bila dah dapat agak berapa banyak bahan-bahan diperlukan, kerja membuatnya nanti akan bertambah lancar dan mudah. Campak ajer!!!

Diharap semua kariah Mutiara Rini dan yang lebih utama, anak-anak/adik-adik yang akan menduduki peperiksaan, dapat sedikit barakah dan manfaat dari program ini. Kepada ibu bapa khususnya, sama-samalah kita berdoa supaya dengan didikan kita selama ini, akan tercapailah impian untuk melihat mereka berjaya sebagai insan yang soleh/solehah. Wallahu’alam...


Sekarang semua program SJM di bulan Julai telah selesai, dan kini tugas aku pula menghabiskan projek Buletin Jauharul Muttaqin Isu 02 untuk bulan Ramadhan.


Up you go!!!


No comments:

Post a Comment